Nick : roselina. Location : Malaysia. Status : Tak dapat dikesan laiks. Hobby : Apa sahaja yang menjadi minat pada ketika boring. Mode : # Member. Komen Dajai : Tak perasan lak masa bila dia menjoinkan diri kat #. Anyway, thanks for ur support. Bilalah kita boleh berselisih bahu kat # ek. Bukan apa, sajer jer nak interview dan beramah mesra. Bak kata insan^kerdil..."Tak Kenal Maka Tak Cinta". Nie yang susah org berfalsafah nie, kalau cam tu gayanya, malaihler nak kenal-kenal. Takut tersangkut. Parah nanti....
Nick : Bagero. Location : Kay L. Status : Sudah di punyai in dong. Hobby : Melayari internet. Mode : # Member. Komen Dajai : Senyum itu satu sedekah. Cuba hangpa semua nengok gambar tu. Dia senyum jer. Manis sungguh. Kan ker molek kalau semua org memberi senyuman kepada sesiapa sahaja. Orang yang tengok kita senyum pun gerenti tak jadi nak marah kalau kita ada buat salah. Dia kat # peberetnter asik senyum, senyum dan senyum. Sesekali jer dia mencelah. Selalunya dia sembang ngan geng-geng lama sambil bincang pasal business. Oooo...businessman ler nie. Ada kerja kosong tak? Kalau ada, advertise ler kat kami. mana tahu, ada potential pekerja kat luar sana yang sedang mencari kerja. Tetiba yang mintak kerja tu aweks cunn..sure n gerenti dapatnyer ek. hait..hait (cam org jepun bagi hormat....)
Nick : ladywoman. Location : Muar. Status : Bukan isteri org dan mak org. Hobby : Melancong, baca novel, window shopping, chatting dan masak tido. Mode : # Member. Komen Dajai : Kat # susah sikit dia nak timbul. Segan kot. Apalah nak disegankan. Kami semua kat # ok jer. Takder pun yang sumbung. Entah-entah nanti ada org yg jeles kot? Manalah tahukan. Apapapun selamat chatting kat # dan semoga timbul sekali sekala untuk ditemu ramah in public.
Nick : Julia23. Location : Sabah, Study la nie kat UTM Johor. Status : Single Hobby : Interview org kat #. Mode : # Member. Komen Dajai : Haaa..buat sementara waktu nie, dia dah tak muncul kat IRC. Mungkin sibuk dengan study nyer. Semoga berjaya yerr. Tapi, time cuti, tiap-tiap hari dia ada. Mungkin nak lepaskan rindu ngan kawan-kawan dia kat #. Apapun kami sentiasa menunggu anda untuk sama-sama memeriahkan #. jangan lupakan terus kami di sini udahler. Ramai kawan-kawan selaman hang yg sedang rindukan kehadiran ang. (apalah bahasa nie..kejap anda..kejap ang..nak mengayat kerrr?.
Nick : IRCKING. Location : Jay Bee. Status : Solo. Hobby : Muahh org, dengar muzik dan tido. Mode : # Member. Komen Dajai : Nie ker gambar hang IRCKING oii. Takder gambau ka? Bilaler nak bagi gambar hang yang real nyer? Takkan segan kot. kami kat 4ties nie menerima sesiapa sahaja untuk menjadi kawan. Moral citer : Cepatler hantar gambar terbaru hang. Dia nie kalau masuk jer # akan minyak izin tumpang lalu kat tok nenek dia. Laluler IRCKING oii..tapi tunduk tu kalaau boleh biau cecah lantai sikit. Baruler hormat tahap patanh pinggang. hehehe..gurau jerrr. Apa yang penting, kita menghormati sesama kita. Tak rugi nyerr.. Apa dapa kalau sumbung? Tui dak IRCKING...Orng tanya tu, jgn sengeh jer IRCKING oii..(/me nampak IRCKING anggukkan pala cam burung tekukur).
Nick : Ann|s_34. Location : Pucong (dekat ngan buaya puchong tuu). Status : Single N Steady. Hobby : Masuk IRC dan perati orang chatting. Mode : # Aop. Komen Dajai : Gaya posing macam model tengah menggayakan baju raya jer. Kat tempat kerja pon leh posing laiks ek. Nie time baru masuk kerja ka atau time nak balik? Actaully baru sampai atau balik takder beza nyer bagi org pompuan. Kenapa takder beza? Sebabnyer, cuba angpa semua peratikan....balik ker atau masuk kerja ka, dia nyer make-up tak luntur pun. Tetap maintain. Kalau hat lelaki, mata dah merah nak tido, rambut kusut...hehehehe. Tapi yang dok peli nie, begitu luasnyer landskap kat luar tu, kenapalah tepi kosi dan celah pintu jugak tetap menjadi pilihan hati? Jawab-jawab...!!.
Nick : nora4ts^^. Location : Bandar Maharani. Status : ??. Hobby : Lepak Nick dan sesekali timbui (akekeke...). Mode : # Aop. Komen Dajai : Nie laiks sorang hantar gambar macam takder tempat lain nak posing. Chopp...actually, posing kat tempat-tempat yang biasa kita duduk pun memberi kelainan dan nostalgia pada suatu hari nanti gak kan!!Ialah, nanti satu hari, kalau dah duk merantau jauh, sesekali belek gambau, teringat kenangan masa duk kat kerusi tu dan depan pc tu. Apapun, gambar yang diambil secara spontan akan lebih memberikan impak pada suatu ketika nanti jika dibandingkan dengan gambar yang diambil secara terancang. Cam gambar dia nie. Manalah tahu sok-sok gambar nie jadi mahal...Sokong tak???Sokong yang membawa rebah ka!!!.
Nick : bendull, kumbang_kl, kainPeliktat dan Azhar39kl. Location : Kuantan. Status : Macam bujang jerr.. (macamlerr..kalau ditengok dari muka). Hobby : Pandang-pandang dan jeling-jeling. Mode : # Member. Komen Dajai : Fullamakkkkk....nielah dia azhar39kl yang memang kaki selam. Dia nie kalau labun Perak memang best. Time nieler macam-macam perkataan baru kita dengar. Kadang-kadang tu pelik gak. Kawan labun Perak dia kat # ialah demm. Kalau demm takder dia bantai labun ngan Pah`Bedah. Kalau ngan dem, dua-dua berteriak "yope". Suok campur kelakau gak. Yang tak paham tu dokler dendiam ek. Teman tak dapek nak nolong miker semua. Teman dah khatam dah belajau bahasa Perak. Miker bila nak khatam? Kalau nak cepat khatam, piler belajau ngan demm ataupun si KainPelikat nie. (dalam labun Perak, terselit gak loghat Melaka. Lahabau tuller kevod nie..)
Nick : Harimau_Manja. Location : Bukit Aman. Status : Dah dimanjakan. Hobby : Suka dimanjakan. Mode : # Member. Komen Dajai : Bila ditanya apa maksud nick tu, dgn pantas dia menjawab hari-hari mau manja. Ishkk..kalu hari-hari nak manja, susahler cenggini. Ada yang tak keluar rumah nanti... Dia kat # asik dengan script memanjang. Orang terror guna IRC ler katakan. Nengokler cara dia berhgayut lam gambar tu. Siap pejam-pejam mata duk menghafal script IRC. Hehehe. Nak tanya sket bley tak??! Mana best..dimanjakan ker atau bermanja??? Jawapannya, selepas ini...!!.
Nick : k^a^y, pearl^38. Location : Penang. Status : Isteri kepada lelaki bergelar suami. Hobby : Membaca novel cinta. Mode : # Aop. Komen Dajai : Haii...lama tak nampak kat #? Mana menghilang?? Bz ker? Ramai kat # rindu kemunculan nick k^a^y. Nak tanya sket bleh tak? Tu gaya posing tu time tengah ada bisul ka? (Hehehe..jangan maree ek..sajer nak nyakat). Ala-ala senget 45 darjah gitu dia nyer posing. Kat # dia rajin juga menyapa orang dan sama-sama duk sembang topik yang dichat time tu. Topik? Errr..rasanya mana ada topik yg specifik. Semua main hentam keromo jer. Kalau ada topik pun kejap jer, lepaih tu dah merewang jer ketempat lain. Takper..janji semua happy. Masuk # pun nak happy kan. Tak yah dok pikir benda2 yang berat.
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by
bravenet.com